Tips Bila Kehilangan Dompet | Assalammualaikum. Hai korang. Hebat kan tajuk tips Yt hari ni. Haha. Ok hari ni Yt nak kongsi pengalaman pahit kehilangan dompet kesayangan. Dah la dompet dari encik suami tu. Tak sampai setahun pun lagi. Sobs!
Alkisahnya balik dari Melaka, kami singgah di AEON Maluri. Konon nak mencari baju encik suami untuk esoknya nak kenduri. Yt dah beli barang di MPH dah. Lepas tu jalan² la sambil window shopping. Masa nak singgah beli roti, Yt cari dompet tak jumpa. Berlari² ke atas cuba trace kat tempat yang kami ada singgah dan lalu. Sambil doa semoga yang jumpa baik hati bagi balik dompet.
Dah ronda² tak jumpa juga. Yt terus ke kaunter customer service untuk lapor kehilangan. Huu. Menggigil juga lah Yt. Rasa nak nangis pun ada. Haha. Dalam tu ada tunai lebih kurang RM200 begitu. Itu Yt boleh halalkan lagi kalau yang jumpa ambil tunai tapi serah kad² yang ada dalam tu. Sebab memikirkan nak buat balik semua tu. Fuhhhh.
So, perkara pertama yang perlu korang buat bila kehilangan dompet yang pastinya dipenuhi dengan segala kad bank ialah; CALL BANK DAN BLOCK YOUR CARD. Once dah block, korang akan rasa 90% lega. Jangan berlengah tahu! Jangan bagi orang yang tidak berperikemanusiaan itu boleh menggunakan kad korang. Zaman sekarang kan paywave. Haaaa.
Kedua; BUAT LAPORAN POLIS. Atas sebab kejadian malam, Yt buat laporan polis keesokan harinya. Dengan harapan akan dapat panggilan dari AEON atau insan baik hati untuk mengembalikan kad-kad Yt yang paling utama. Huuu. Dalam laporan polis, pastikan korang menyenaraikan apa sahaja yang dirasakan penting dalam laporan tersebut. Yt report IC, MyKid anak-anak, lesen memandu, kad insurans anak-anak dan kad bank. Kad shopping pun boleh kalau korang nak senaraikan juga. Yt? Malas.. Hehe.
Ketiga: BUAT KAD PENGENALAN GANTIAN. Haaa. Kalau tak ada laporan polis, korang tak boleh tau buat kad pengenalan baru. Laporan ni kiranya bukti yang awak rakyat Malaysia. Nak dapatkan kad gantian buat kali pertama, Yt kena bayar RM100. Huhu. Kalau hilang kali ke 2; denda RM300 dan ke 3; denda RM1000. Huuu. Moga terhindar la dari sebarang kehilangan lagi. Aamiin. Kad siap dalam 10 - 14 hari waktu bekerja. Tapi kalau buat kat UTC atau Putrajaya, 2 jam siap.
Keempat: BUAT MYKIDS ANAK. Dah alang-alang di JPN, mohonlah kad baru untuk anak-anak pulak. Pemohonan gantian MyKids adalah percuma. Cuma kita perlu tunggu tempoh dalam satu hingga dua bulan untuk MyKid siap. Tak sempat lagi nak ambil MyKids budak-budak ni. Hehe.
Kelima: BUAT LESEN MEMANDU. Ok, bila dah dapat kad pengenalan sementara korang boleh proceed pergi buat lesen memandu pulak. Bayaran yang dikenakan RM20 sahaja. Kalau dekat JPJ Bandar Sri Permaisuri ni cepat urusannya.
Kelima: BUAT KAD-KAD BANK. Haaaaaaa. Kad bank hanya boleh dibuat setelah korang dapat IC. Lama jugak lah Yt menunggu nak buat kad bank. Dah rasa macam zaman dulu Yt dibuatnya. Kalau nak keluar duit, transfer kat encik suami dan beliau tolong keluarkan duit. Haha.
SELESAI!
Last but not least, CARI DOMPET GANTIAN. Hahahaha. Wehhh! Bukan senang nak cari dompet idaman mengikut kemampuan. Yang diidamkan tu macam mahal sangat harganya. Tak best la bak kata orang, dompet mahal duit yilek. Haha. Actually Yt tak memilih pun. Bila Yt kata nak beli yang harga RM40, encik suami tak layan. Huhu. Katanya, beli barang 'alah membeli menang memakai'.
Setiap minggu Yt mencari, tapi tak jumpa. Sampailah minggu lepas, Yt ke IOI City Mall. Jumpa dan berkenan dompet ni. Diskaun 50% pulak. Heeee. Pucuk dicita kata orang. Warna pulak begitu. Memang suka sangat lah.
Semoga tak berulang lagi lah kisah kehilangan begini. Semoga dompet ini bertahan macam dompet sebelum ni yang dah lebih 5 tahun berkhidmat. Sama-sama jua kita beringat kalau kita terjumpa dompet orang tercicir, kita serahkan pada tempat sepatutnya. Fikirkanlah kesian kat orang yang tercicir tu. Dokumen tu yang penting. Duit tu nak ambil, rasanya mangsa macam Yt redha je. Tapi bila part dokumen tu la yang 'sakit'. Sebab bukan senang nak uruskan. Huhu.
Ok lah. Till we meet again~! Hehe.